Tuesday, December 10, 2013

7hb Disember 2013, Pakcik aku Suraman Bin Marzuki telah menghembuskan nyawanya pada jam 8 malam di Hospital Tan Tock Seng, S'pore. En Maman adalah adik kepada ibuku Zaleha Bte Marzuki. Allahyarham didapati mengidap penyakit kanser tahap 4, Doktor menyarankan beliau melakukan operasi major operasi . Sebelum itu Pakcikku dikenakan kimoterapi.. memang agak gelap kulitnya sedari biasa. Alhamdulillah setelah kimo, beliau nampak sihat dan dapat menyaksikan perkahwinan anak lelakinya Mohd Rafi. Perkahwinan itu berlangsung dengan lancar, Allahyarham gagahkan diri dan kuatkan semangat untuk melayan para tetamu.. Majilis perkahwinan itu berlangsung pada 17/11/2013. 9 hari setelah itu barulah Allahyarham En Maman melakukan operasi membuang sebahagian paru2nya sebelah kiri.. 2 hari setelah operasi En Maman kelihatan sihat.. Namun pada hari 3, kesihatannya merundum disebabkan ammonia.. jangkitan kuman merebak ke bahagian paru2 sebelah kanan dan bahagian kiri (operasi). Sebak rasanya tika itu ke semua anak2nya hadir di ward, adik-beradik Cik Dah,  aku, ibu ayah, dan Marissa  anak buahku juga hadir dan beberapa  sanak-saudara  serta Wak Jah sekeluarga yang banyak membantu, bergilir2 menjaga En Maman sepanjang  En  Maman berada di ward. Kesian aku melihat makcikku isteri kepada pakcik Maman, Cik Faridah namanya......Ustaz telah dijemput untuk membaca dan mendoakan pakcikku.. Kita semua berdoa, Ustaz telah melakukan yang terbaik buat En Maman, Keesokan harinya En Maman mula membuka mata, kata orang tua2 itulah kali terakhir untuk beliau melihat dunia....Allah swt lebih menyayanginya pada 7hb. Disember, 2013 jam 8 malam beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir.. Kami  sampai ke rumahnya sekitar 9:30 mlm dan jenazah di bawa pulang ke rumahnya jam 10 malam.. Alhamdulillah jenazah kulitnya kelihatan bersih, bagaikan kulitnya disapu dengan minyak.. Ramai yang berkata Allahyarham bagaikan seperti tidur ... Ramai juga yang hadir pada malam itu, ramai juga membacakan Yaasin untuk beliau. Pukul 1 pagi kami pun pulang ke rumah. Keesokan jenazah akan dimandikan pada jam 10 pagi dan dikebumikan pada jam 11pagi.. Semoga Allahyarham rohnya dicucuri rahmat, dan dikalangan orang2 yg beriman, Aamiin.
Show less
1

No comments: